SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR & INFOSTRUKTUR, BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI DAN BAHAGIAN INFOSTRUKTUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan

 

SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR & INFOSTRUKTUR, BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI DAN BAHAGIAN INFOSTRUKTUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2022


Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan di dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

Skop kajian adalah merangkumi perkhidmatan dan kemudahan di seluruh Kampus UiTM. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas terhadap perkhidmatan & kemudahan yang diberikan selaras dengan Dasar Jabatan dan mengikut KPI (Indeks Prestasi Utama). Tempoh soal selidik ini dijalankan adalah bermula 01 September 2022 hingga 30 September 2022.

Adalah diharapkan YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk melengkapkan borang soal selidik ini bagi membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan.


Sila klik pada pautan di bawah untuk mengisi borang soal selidik :

https://fms.uitm.edu.my/soalselidik/

Maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan bagi tujuan kajian sahaja.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dalam melengkapkan soal selidik ini amat kami hargai dan Sijil Penghargaan digital akan diberikan dengan mengisi borang secara atas talian dan perlu melampirkan bukti maklumbalas (screenshot). Pautan borang untuk mendapatkan sijil adalah seperti berikut:

https://forms.gle/qef5AEAfjcCx67EV8



Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

+603-5544 4444 Helpdesk Infrastruktur

+603-5544 2203 Helpdesk Infostruktur

ppii.uitm.edu.my

7476248
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
3460
10283
26719
7409672
138585
336126
7476248

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-24 12:50

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus