Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Terengganu, dengan kerjasama Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC), akan menganjurkan Program Korban Perdana 2026 bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)
🌙 Bersempena: Raya Kedua Aidiladha
📍 Tempat: UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun
Ibadah korban ialah syiar Islam yang menzahirkan ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT, manakala penyertaan dalam program ini memberi peluang berkorban dan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
(Surah al-Kawthar, ayat 2)
🥩 Kadar penyertaan bagi satu bahagian adalah seperti berikut:
🟡 Gold (18.5–20 kg) — RM920
⚪ Silver (16.5–18 kg) — RM850
🟤 Platinum (15.5–16 kg) — RM800
🟢 Rahmah (11–12 kg) — RM700
Add on
📦 Pembungkusan vakum — RM50
✉️ Kos penghantaran daging — Bergantung pada berat & lokasi
⏳ Tarikh tutup penyertaan: 1 Mei 2026
Sehubungan itu, seluruh warga UiTM serta orang ramai yang berhasrat untuk menyertai program ini adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran dengan *mengimbas kod QR yang tertera pada poster hebahan atau di pautan berikut: https://tinyurl.com/KORBAN-PERDANA
📌 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ustaz Azrul Ali http://www.wasap.my/+60112002375
Ustaz Shahnizam http://www.wasap.my/+60199871294
En. Fadhli http://www.wasap.my/+6012-3157060
Puan Syuhada http://www.wasap.my/+60196699129
Puan Emma http://www.wasap.my/+601132409321
Semoga setiap penyertaan yang disempurnakan diterima sebagai amal soleh, dikurniakan keberkatan, serta menjadi asbab kepada tersebarnya manfaat dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

