JOM KE JFM 5.0

 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

 

Sukacita dimaklumkan Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan dengan Kerjasama Kelab D'hoteliers dan Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri UiTMCT akan mengadakan program Jom Free Market 5.0 pada:


Tarikh: 18 Mei 2023 (Khamis)
Tempat : Dataran Aspirasi UiTM Cawangan Terengganu
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Jom meriahkan suasana.Wat raso raso. Banyak booth- booth penyumbang daripada pelbagai barangan Dan makanan akan beraksi nnti. Antaranya:

  • Air SETIN viral
  • Kopi NODOZ viral
  • McDonald's,
  • Nasi bungkus, kuih, makanan segera, biskut dan lain2
  • Pakaian lelaki dan perempuan,
  • Tudung, kasut, beg, Pakaian kanak2
  • Alatan penjagaan diri
  • Toiletteries
  • Alat tulis & buku
  • Servis gunting rambut
  • Pemeriksaan kesihatan

Berminat dengan barangan diatas, jangan malu, jangan segan. Boleh ambil sahaja dengan syarat:

1) Bawa beg plastik sendiri
2) Minta dengan sopan
3) Ambil barang yang perlu dan jangan membazir
4) Ucapkan terima kasih dengan senyuman
_
Tiada jual beli. Tiada pertukaran barter. Semuanya PERCUMA.

Apa tunggu lagi? Set reminder sekarang supaya anda tidak terlepas dengan program kami!!!

Berkongsi untuk menghindar kikir, Pahalanya ibarat sungai mengalir.