Assallamualaikum & Salam Sejahtera
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara di peringkat UiTM, Sukacita dimaklumkan bahawa FESTIVAL KELESTARIAN KAMPUS – GEMA LESTARI TERENGGANU , UiTMCT sedang berlangsung:
📅 4 OKTOBER – 5 NOVEMBER 2026
Antara pengisian sepanjang bulan ini adalah:
🌱 4 KEMPEN UTAMA
💡 KEMPEN 1 – JIMAT TENAGA [Maklumat Lanjut]
📅 4 – 10 Oktober 2026
🌳 KEMPEN 2 – HIJAU KAMPUS
📅 11 – 17 Oktober 2026
🏃 KEMPEN 3 – GAYA HIDUP SIHAT
📅 18 – 24 Oktober 2026
♻️ KEMPEN 4 – CAKNA BUMI
📅 25 – 31 Oktober 2026
( Semua Warga UiTMCT adalah dijemput untuk membudayakan amalan kelestarian sepanjang bulan ini )
Selain itu, Festival ini melibatkan penglibatan Pelajar ( MPP, Kelab dan Persatuan Pelajar). Pelajar antarabangsa , NGO , Rakan industri dan komuniti
🎉 ANTARA AKTIVITI MENARIK:
🎵 Cabaran TikTok Kelestarian
🎨 Pertandingan Campus Waste to Art
🌍 Pertandingan Wira Kampus Lestari
🌳 Program Tree for Campus
🧹 Program Gotong-royong Perdana & Keceriaan Kolej
🎊 Majlis Peluncuran Festival Kelestarian Kampus
🏃 Plogging “The Tide Turner”
♻️ Jom Kitar Semula
💻 Webinar Cakna Alam Sekitar
🌿 1st Global Herbal Nexus 2026 – Live Streaming
🏆 Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah
Sehubungan itu, semua warga kampus dijemput untuk sama – sama menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada budaya dan gaya hidup kita. Kami menjemput semua warga untuk sama- sama memeriahkan festival ini.
*maklumat festival akan dikemaskini didalam https://sites.google.com/uitm.edu.my/gemalestariuitmct/kempen-jom-lestari/iTMCT Facebook : KampuslestariUiTMCT
Ke Arah Kampus Lestari dan Rendah Karbon
Penyelaras Kampus Hijau ( UGC)
UiTM Cawangan Terengganu

