Akademi Pengajian Bahasa Dan Undang - Undang

Akademi Pengajian Bahasa (APB) menawarkan pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Inggeris, Melayu, Arab, Mandarin dan Perancis berdasarkan keperluan mengikut fakulti. Selain tugasan akademik yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran, penyediaan bahan kursus, manual, buku teks rujukan untuk digunapakai oleh pelajar, para pensyarah juga turut bergiat aktif dalam penulisan kajian serta penerbitan dan aktiviti khidmat kemasyarakatan. 

APB tidak menawarkan program, tetapi menyediakan kursus servicing sahaja

Tidak hanya tertumpu kepada pelajar UiTM Cawangan Terengganu, APB juga aktif dalam menjalankan kerjasama dengan universiti luar negara. Pelbagai aktiviti kerjasama yang dijalankan adalah seperti program mobiliti pelajar internasional untuk pembelajaran bahasa, aktiviti kemasyarakatan dan kolaborasi penyelidikan.

APB juga menganjurkan Kelas Kemahiran Bahasa yang boleh disertai oleh komuniti setempat. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan masyarakat.

Jabatan Undang-Undang pula merupakan sebuah jabatan yang memberi khidmat berbentuk “servicing” kepada fakulti-fakulti yang memerlukan dalam pelbagai bidang kesarjanaan seperti Undang-Undang Perniagaan, Undang-Undang Pengkomersilan, Undang-Undang Hospitaliti dan banyak lagi.

Selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pensyarah-pensyarah Undang-Undang juga terlibat dalam menyediakan deraf MOU, MOA, LOA dan lain-lain samada dalaman mahupun kolaborasi luar. Selain daripada itu, pensyarah-pensyarah Undang-Undang juga merupakan Penasihat Undang-Undang dalam prosiding Tatatertib Pelajar. Di samping itu, Jabatan Undang-Undang turut terlibat aktif membangunkan pelajar di bawah Unit Badan Keadilan Mahasiswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Ketua Pusat Pengajian
Dr. Nurul Ajleaa Binti Abdul Rahman
Tel : +609-840 3805
Emel: ajleaa@uitm.edu.my
7488750
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
4512
5232
39221
7409672
151087
336126
7488750

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-26 16:47

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus