Unit Perkhidmatan OKU

Unit Perkhidmatan OKU UiTM secara rasmi ditubuhkan pada 1  November  2019.  Inisiatif  penubuhan  UPO  UiTM  ini  selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian Tinggi yang telah dilancarkan pada 5 September  2019  oleh  Kementerian  Pengajian  Tinggi  Malaysia. UiTM merupakan  universiti  awam  yang  pertama  di  Malaysia meletakkan  Unit  Perkhidmatan  OKU  di  bawah  Pejabat  Naib Canselor.
Pegawai Perhubungan Ketidakupayaan (DLO)Nurul Afaf Zainonnurulafaf@uitm.edu.my
Tel: 09-840 0264

Pegawai Perhubungan Ketidakupayaan merupakan kakitangan Cawangan/Fakulti/Jabatan/Bahagian/Unit di UiTM yang dipilih oleh pusat tanggungjawab (PTj) masing-masing dan menerima surat lantikan daripada Naib Canselor UiTM.

Tanggungjawab Utama :-

  • Menjadi tempat rujukan kepada warga OKU UiTM terutamanya dari aspek perselitaran tempat belajar dan tempat kerja di PTj masing-masing.
  • Menjadi penghubung diantara PTj dan Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) dan sebaliknya dalam perkongsian maklumat dan sokongan melibatkan warga OKU UiTM.
  • Membantu dan menyokongUPO UiTM dalam mengemaskini maklumat warga OKU UiTM dan pelaksanaan program-program kesedaran, pemerkasaan dan pemberdayaan OKU di PTj masing-masing.
  • Mengesyorkan kaedah dan pendekatan terbaik tentanf penyesuaian munasabah berdasarkan skop dan kemampuan PTj masing-masing dengan sokongan UPO UiTM.
  • Menguruskan kemudahan dan perkhidmatan sokongan bagi warga OKU UiTM di PTj masing-masing dengan kerjasama dan sokongan UPO UiTM.

 

Nota :

  • Warga Orang Kurang Upaya (OKU) UiTM adalah merangkumi :
  1. Pelajar UiTM yang berstatus AKTIF dan mempunyai kad rasmi OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajukan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh pengajian pelajar.
  2. Staf UiTM (akademik dan bukan akademik) samada KONTRAK ataupun TETAP dan mempunyai kad rasmi OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM.
  • Mempunyai KAD OKU samada ketika mendaftar ataupun melapor diri merupakan OKU ataupun menjadi OKU ketika berada di dalam sistem UiTM.

Maklumat lengkap Unit Perkhidmatan OKU (UPO) melalui link berikut:

https://padlet.com/linda512/vw5a0ns9echk067t

Untuk sebarang pertanyaan / perbincangan, boleh terus email kami di: upo@uitm.edu.my

 

<will update>
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA UNIT PERKHIDMATAN OKU
  • Bantuan Khas Warga OKU UiTM (BKWO-UiTM)

Ianya adalah satu inisiatif di bawah Tabung Cakna OKU UiTM

Syarat Umum BKWO-UiTM

Syarat Umum:

  1. Warga OKU UiTM: 
  • Mahasiswa OKU (sepenuh masa dan separuh masa)
  • Staf OKU (berstatus tetap / kontrak)
  • Staf yang mempunyai tanggungan OKU (anak/pasangan/adik-beradik yang menetap sebumbung dan bergantung penuh kepada staf)
  1. Mempunyai kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun sekiranya baru menjadi OKU, perlu mengemukakan laporan penuh perubatan.
  2. Perlu berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM
2648096
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
9549
8922
55993
2527629
9549
239822
2648096

Your IP: 10.0.31.50
2022-07-01 19:47

Hubungi UiTMCT

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Telefon : +609 8400 400
Faks     : +609 8400 107

Pertanyaan Umum: Unit Komunikasi Korporat
Emel: unitkorporattganu@uitm.edu.my

 

 

e-Book Cerita Kampus