Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) merupakan salah satu bahagian terpenting dalam struktur organisasi UiTMCT yang menguruskan semua hal ehwal akademik Universiti. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) dan dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Program, Koordinator/Ketua Unit, Penolong Pendaftar dan Pegawai Eksekutif serta staf pentadbiran akademik. BHEA mempunyai 4 Fakulti, 2 Kolej Pengajian Kejuruteraan dan 4 Pusat Akademik merangkumi Kampus Dungun, Kampus Bukit Besi dan Kampus Kuala Terengganu.