IC110
Diploma Muamalat

 

Kemasukan : Oktober dan Mac
Lokasi Penawaran : UiTM Terengganu & UiTM Melaka
Kod Akreditasi : MQA/SWA16131
Tempoh Program : 5 semester
Mod Pengajian : Sepenuh masa dan Separuh masa
Brosur /Risalah Program : -

 

Ringkasan Program

 

Program Diploma dan Sarjana Muda Muamalat adalah bidang terkini yang diperkenalkan oleh UiTM seiring dengan keperluan semasa negara.  Bidang Muamalat merupakan bidang kritikal dan sangat diperlukan  dalam perkembangan industri kewangan Islam semasa. Lulusan program ini boleh menceburi industri perbankan, kewangan, insurans, takaful, perniagaan, pasaran modal Islam, perunding kewangan, pelaburan  dan industri halal.

UiTM Cawangan Terengganu telah dilantik menjadi Pengurus Utama (PU) bagi Program Diploma Muamalat (IC110) pada 1 Oktober 2021 dan telah mendapat Akreditasi Penuh pada 1 Jun 2021.


Program ini juga akan melahirkan tenaga separa mahir yang dapat memenuhi keperluan negara ke arah merealisasikan Malaysia sebagai pusat kewangan global dan hub halal antarabangsa.  


Di samping itu, lulusan Diploma dan Sarjana Muda Muamalat  dapat meneruskan pengajian yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang yang sedia ada di UiTM dan IPT lain.

Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal dan Sastera
Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.

Mod Pengajian:

Tempoh pengajian: Sepenuh masa (2 ½ tahun / 5 semester); separuh masa (4 tahun)
Kampus yang menawarkan:
 UiTM Terengganu & UiTM Melaka.

9267925
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5336
9938
54468
9162684
66472
244046
9267925

Your IP: 10.0.31.50
2024-11-08 15:51

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus