BA272
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
| Kemasukan | : Oktober dan Mac |
| Lokasi Penawaran | : Kampus Dungun |
| Kod Akreditasi | : MQA/SWA12755 |
| Tempoh Program | : 6 semester |
| Mod Pengajian | : Sepenuh Masa |
| Brosur /Risalah Program | : - |
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM menawarkan program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan yang menyediakan tenaga kerja cemerlang bagi industri kewangan. Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan luas dalam bidang kewangan bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di pelbagai organisasi atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Graduan dalam disiplin ini akan didedahkan kepada konsep serta strategi kewangan kritikal dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar melalui kajian kes serta kerjasama dengan organisasi luar.
Tahun pertama menyediakan asas dalam disiplin berkaitan kewangan yang diperlukan untuk memahami subjek kewangan yang akan dipelajari pada tahun kedua dan akhir. Pada tahun kedua, pelajar akan menumpukan pengajian secara lebih khusus kepada kursus kewangan dan bidang utama, bagi membina serta mendalami pemahaman dalam subjek pengkhususan pilihan mereka.
Pada tahun ketiga, pelajar akan didedahkan kepada kursus seperti Ekonomi Pengurusan, Analisis Pelaburan, Pembangunan Peribadi, serta mengambil satu bahasa asing. Akhir sekali, pelajar dikehendaki mengikuti kursus yang terdiri daripada Pengurusan dan Aplikasi Portfolio, Kewangan Peribadi, Isu-isu dalam Kewangan, dan Analisis Penyata Kewangan.
Graduan program ini berpeluang untuk berkhidmat di organisasi berorientasikan kewangan seperti institusi kewangan, firma perunding, industri perhotelan dan pelancongan, serta firma pembuatan.

