BA274
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi

 

Kemasukan : Oktober dan Mac
Lokasi Penawaran : Kampus Dungun
Kod Akreditasi : MQA/SWA11699
Tempoh Program : 6 semester
Mod Pengajian : Sepenuh Masa
Brosur /Risalah Program : -

 

Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM menawarkan program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi selama tiga tahun. Program ini direka khas untuk pelajar yang berminat dalam fungsi operasi bagi sektor pembuatan mahupun perkhidmatan.

Ciri unik program ini adalah penekanan yang diberikan terhadap aspek pengurusan dalam operasi perniagaan. Antara kursus yang ditawarkan termasuklah Pengurusan Projek, Pengurusan Kualiti, Pengurusan Keselamatan, Reka Bentuk Pekerjaan, Perancangan dan Kawalan Pengeluaran, Pengurusan Operasi dalam Sektor Perkhidmatan, Pengurusan Pembelian dan Inventori, serta Bekalan Fizikal dan Pengedaran.

Graduan program ini akan mempunyai peluang untuk berkhidmat di peringkat eksekutif dan pengurusan dalam bahagian operasi, logistik, pembelian, serta perancangan.

 

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus