PALAPES

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Koordinator Latihan & Strategik Kelestarian Teknologi KetenteraanZuraini Binti Jusohzuraini338@uitm.edu.my
Tel: 09-8400400
Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965. Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Peristiwa 13 Mei menyaksikan kompeni ini dikembangkan ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan sambutan yang menggalakan daripada para mahasiswa, Pengarah Askar Wataniah Brigadier Jeneral Dato’ Abdul As Ismail telah mengambil inisiatif berbincang dengan naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM pada masa itu ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU dengan objektif utamanya untuk melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela daripada kalangan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa di IPTA. Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.

Tujuan utama penubuhan PALAPES melalui dulunya unit-unit Askar Wataniah di institusi-institusi pengajian tinggu di negara ini adalah untuk memenuhi hasrat berikut:

  • Memberi peluang kepada penuntut- penuntut berkecimpung dalam Angkatan Tentera Malaysia atau di dalam Pasukan Simpanan apabila tamat pengajian mereka.
  • Mendapat sumber tenaga anggota pegawai simpanan yang terlatih untuk Angkatan Tentera Malaysia yang boleh dikerah pada bila-bila masa kecemasan atau darurat.
7490553
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
6315
5232
41024
7409672
152890
336126
7490553

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-26 23:40

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus