Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM OSH MEGA CONFERENCE (OSHWEEK) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa (YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan) dijemput bagi menyertai program ini seperti di butiran berikut;
Tarikh: 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Platform Youtube Live ( https://www.youtube.com/watch?v=o3IEyqoGVRE )
3. Semua peserta diminta untuk mengikuti sepenuhnya program ini melalui link di atas. Adalah diingatkan agar semua peserta dapat melengkapkan 2 link pengesahan kehadiran (sesi awal dan akhir) beserta borang maklumbalas program bagi melayakkan peserta diberi sijil penyertaan. Suka juga dimaklumkan bahawa sijil yang dikeluarkan bernilai 8 mata CEP yang diluluskan oleh JKKP Putrajaya.
4. Kerjasama dan kehadiran YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan ke program ini adalah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
#JKKPTerengganu
#OSHWeek2021
#OSHMP25