Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan Kelab Akademik dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (HEI) UiTM Cawangan Terengganu akan mengadakan perkongsian IBRAH AIDILADHA: KISAH KEKUATAN DISEBALIK PENGORBANAN seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 13 Julai 2021
Hari: Selasa
Masa : 2.30-4.30 petang
Platform: YouTube UiTM Terengganu
penceramah: Ustazah Fatimah Syarha Nordin
Majlis perkongsian Ibrah Aidiladha ini diadakan bagi memberi inspirasi dan motivasi di sebalik ujian berat yang sedang melanda negara kita hari ini.
Jom bersama-sama mengimarahkan majlis yang baik ini.Semoga menjadi asbab kepada turunnya rahmat Allah dan kita diberikan jalan serta kemudahan untuk menghadapi ujian dariNya. Terima kasih.
#JAM LATIHAN DISEDIAKAN