Bual Bicara Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun ‘Pencegahan Dadah di Tempat Kerja’
Jawatankuasa ‘Projek Cegah Sebelum Parah’, yang merupakan projek khas Excellence, Synergy & Integrity (ESI) UiTMCT akan menganjurkan program Bual Bicara Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun dengan tajuk ‘Pencegahan Dadah di Tempat Kerja’.
Antara objektif program ini dilaksanakan ialah untuk:
a) Memberi kesedaran tentang ancaman dadah kepada warga universiti;
b) Memupuk kesedaran untuk bertindak bagi mendapatkan pemulihan sekiranya orang hampir terjebak dengan anasir penagihan dadah;
c) Menggalakkan budaya kesukarelawan dalam kalangan warga UiTMCT, dan
d) Mewujudkan peluang-peluang kolaborasi mendatang antara UiTMCT, AADK dan Skuad AADK.
Maklumat mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh: 3 Jun 2021 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform: https://bit.ly/3fCUAsX
#Terbuka kepada semua staf dan pelajar
#Jam latihan akan disediakan