Events Calendar

Program Bual Bicara Ekonomi oleh Dr. Mohd Khairi Ismail
Tuesday 19 January 2021, 02:30pm - 05:00pm
Hits : 2455

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Prof. Emeritus Datuk / Dato'. / Datin / Prof / Prof.Madya / Dr. / Tuan /Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Terengganu bakal menganjurkan satu Program Bual Bicara Ekonomi yang akan menampilkan panel khas iaitu  Dr. Mohd Khairi Ismail.

Program bual santai ini akan MENGUPAS ISU KEMISKINAN DI MALAYSIA dari kaca mata seorang Pensyarah Kanan Ekonomi yang telah menjalankan pelbagai kajian berkaitan isu berkenaan.

Sehubungan dengan itu, dengan rendah hati kami ingin menjemput Y. Bhg. Prof.Emeritus Datuk/ Dato' / Datin / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk turut sama menyertai program ini menerusi LIVE streaming

di YouTube "Studio UiTMTerengganu": URL: https://www.youtube.com/watch?v=dAEo7caq4SY (Tekanbutang ‘set reminder’ pada pautan untuk menonton) pada:

  • Tarikh: 19 Januari 2021
  • Hari    : Selasa
  • Masa  : 2.30 petang 

E-sijil akan diberikan kepada semua peserta yang menyertai program ini. Link kehadiran untuk peserta dan pendaftaran jam latihan (staf UiTM) akan dibuka di akhir program dan akan ditutup sejam kemudian. 

Kerjasama dan perhatian daripada semua warga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Siaran dipancarkan dari Studio UiTM Cawangan Terengganu menerusi saluran rasmi Youtubedi alamat: www.youtube.com/studiouitmterengganu.   

 

Jemputan oleh
Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTMCT

7500473
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2015
7818
50944
7409672
162810
336126
7500473

Your IP: 10.0.31.50
2024-04-28 09:04

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus