π…πŽπ‘π”πŒ πŠπŽπ‹π€ππŽπ‘π€π’πˆ πŒπˆπ“π€π’π€ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπ€ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ’

Β "Insan Adabi: Wahana Kecemerlangan Akademia"Β 

UiTM Cawangan Terengganu dengan bangganya mengundang anda semua untuk menyertai Forum Kolaborasi MITASA, yang bakal berlangsung bersempena Hari Akademia Peringkat Kebangsaan 2024. Program ini merupakan kolaborasi kali ketiga antara Kelab Akademik UiTMCT dan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), serta kali pertama kerjasama dengan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu dan Jawatankuasa A.D.A.B UiTM Cawangan Terengganu.

Tarikh: 21 Oktober 2024 (Isnin)
Masa: 10:00 pagi - 11:30 pagi
Β Lokasi: Sudut AZKA @ Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu

PANEL PENCERAMAH:

Prof. Dr. Azman Che Mat
Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Terengganu

PM Dr. Ahmad Bazli Shafie
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

πŸ’‘Program ini bertujuan membincangkan topik β€œInsan Adabi: Wahana Kecemerlangan Akademia”, di mana penceramah jemputan akan berkongsi pandangan serta ilmu dalam membangunkan kecemerlangan akademik menerusi nilai-nilai adab dan akhlak yang tinggi. Ini adalah peluang unik untuk memperkaya pengetahuan dan memperkukuh hubungan antara warga akademik dan komuniti universiti.

πŸ’‘Β Manfaat Eksklusif:

Jam latihan untuk staf UiTM disediakan.
eMerit untuk para pelajar UiTM Kampus Dungun juga disediakan.

πŸ“‘Β Saksikan Siaran Langsung di Facebook melalui pautan berikut:Β https://tinyurl.com/3d62pket

9597659
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
523
4269
9458
9550356
189624
206582
9597659

Your IP: 10.0.31.50
2024-12-24 02:45

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun,Β Terengganu, MALAYSIA.

TelΒ  Β : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

Β 

Β 

Β 

e-Book Cerita Kampus