Bahagian Pengurusan Fasiliti

Bahagian Pengurusan Fasiliti telah ditubuhkan pada tahun 1981, dan pada mulanya dikenali sebagai Unit Bangunan dan Kawasan dan diketuai oleh Pembantu Teknik. Unit Bangunan dan Kawasan ditukarkan namanya kepada Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan pada tahun 1995. Pada Ogos 1999, ITM telah diisytiharkan sebagai Universiti Teknologi MARA dan perkembangan ini menjadikan Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan berperanan lebih meluas kerana unit ini terlibat secara langsung terhadap perkembangan, pembangunan, dan kemajuan Universiti Teknologi MARA. Dalam memantapkan pencapaian visi Universiti Teknologi MARA ke arah menjadi sebuah institusi pengajian awam yang bertaraf global penstrukturan dan penjenamaan semula Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan telah dibuat pada 4 Januari 2007 dan dengan rasminya ditukar kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti dan diketuai oleh seorang Jurutera. Dengan perkembangan pesat fizikal kampus Universiti Teknologi MARA dan dengan bertambahnya kampus satelit iaitu Kampus Kuala Terengganu dan Kampus Bukit Besi fungsi Bahagian Pengurusan Fasiliti, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu menjadi lebih bertambah. Unit-unit yang terdapat di dalam Bahagian Pengurusan Fasiliti adalah terdiri dari:- Unit Pentadbiran Unit Kontrak dan Kawalan Kos Unit Rekabentuk, Ruang dan E-Aduan Unit Awam Unit Elektrikal dan Telekomunikasi Unit Mekanikal Unit Kualiti Sehingga kini Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun mempunyai 35 orang staf yang diketuai oleh seorang Jurutera Kanan, seorang Penolong Jurutera Kanan (Elektrikal), 3 orang Penolong Jurutera Awam, 2 orang Penolong Jurutera (Elektrikal),3 orang Penolong Jurutera (Mekanikal), seorang Penolong Pegawai Senibina, seorang Penolong Arkitek Lanskap, seorang Penolong Jurukur Bahan, seorang Pelukis Pelan Senibina Kanan, seorang Penjaga Jentera Elekrik Kanan, 2 orang Pembantu Kemahiran Kanan, 6 orang Pembantu Kemahiran, 10 orang Pembantu Awam, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi.
Nurul Dahlya Alias
Jurutera Kanan / Ketua BahagianNurul Dahlya Aliasdahlya@uitm.edu.my
Tel: 09-8400 140
Memastikan bagi urusan penyambungan kontrak perkhidmatan: Proses pemurnian dokumen tender selesai dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat kontrak. Proses pemurnian dokumen sebut harga selesai 6 bulan sebelum tamat kontrak Memastikan bagi urusan pelantikan kontraktor, 100% Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat makluman atau selewat – lewatnya 14 hari sebelum tarikh milik tapak. Memastikan bagi urusan tuntutan bayaran kontrak dibuat dalam tempoh berikut: i) Kontrak Kerja Konvensional - perakuan bayaran ditandatangani oleh Pegawai Penguasa atau Wakil Penguasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh penilaian tapak ii) Kontrak Perkhidmatan - semakan bayaran oleh BPF dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja Memastikan sekurang – kurangnya 1 aduan inisiatif dilaporkan setiap hari bekerja oleh staf BPF

MISI
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

826448
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1294
2613
22599
785560
50831
106059
826448

Your IP: 10.0.31.50
2021-09-19 08:35

Hubungi UiTMCT

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Telefon : +609 8400 400
Faks     : +609 8400 107

Pertanyaan Umum: Unit Komunikasi Korporat
Emel: unitkorporattganu@uitm.edu.my

 

 

e-Book Cerita Kampus