Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf

Unit Zakat Sedekah dan Wakaf (UZSW) ditubuhkan pada 4hb Mac 2020 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 07/2020. UZSW dimasukkan sebagai salah satu nomenklator Koordinator Akademik di UiTM. Pelantikan Koordinator UZSW adalah melalui pelantikan Rektor Kampus Cawangan UiTM dengan persetujuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat UiTM dan Jawatankuasa Agihan Sedekah UiTM iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).


Peranan dan fungsi UZSW ialah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan melibatkan zakat, sedekah dan wakaf di kampus cawangan. Selain itu, pengurusan UZSW juga perlu mengikut piawaian dan mematuhi kualiti pengurusan serta mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

 

MISI
Membudayakan amalan menyumbang secara konsisten dan efisyen ke arah penghayatan amalan Islam kontemporari

VISI
Menjadi hub rujukan ilmiah berkaitan aplikasi zakat, sedekah dan wakaf di koridor Pantai Timur.
  1. Mengurus dan merancang serta melaksanakan dasar dan polisi Unit Zakat Sedekah dan Wakaf (UZSW).
  2. Mengurus dan melaksanakan dasar kutipan dan agihan zakat sedekah dan wakaf serta penggunaan sumber untuk pembangunan asnaf
  3. Memastikan aktiviti penerangan, pendidikan dan kesedaran serta pengembangan program UZSW kepada seluruh warga kampus UiTM Cawangan Terengganu.
  4. Menjalin hubungan strategik dengan pihak luar serta menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan khidmat nasihat dalam bidang berkenaan.
Image

KOORNINATOR

  1. Mengurus, merancang dan melaksanakan dasar, polisi dan keputusan UZSW yang diputuskan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Zakat, Sedekah dan Wakaf serta Bahagian Zakat Sedekah dan Wakaf (BZSW)
  2. Mengurus dan melaksanakan dasar kutipan dan agihan zakat, sedekah dan wakaf serta penggunaan sumber dan dana untuk pembangunan asnaf mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
  3. Memastikan UZSW beroperasi dengan lancar bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
  4. Memastikan aktiviti penerangan, pendidikan, kesedaran dan pengembangan program unit kepada seluruh sistem di UiTM cawangan Terengganu.
  5. Memastikan UZSW mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

 

DUTA ZAKAT/WAKIL FAKULTI

  1. Membantu menyaring, mengenal pasti dan menemubual pelajar asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
  2. Menyampaikan informasi secara terus kepada pelajar dan warga UiTMCT berkenaan zakat, sedekah dan wakaf.
  3. Menggalakkan pensyarah dan staf UiTM membayar zakat secara potongan gaji bulanan yang terdapat dalam sistem UiTM
  4. Membantu merancang, melaksana dan mengurus zakat serta memberi khidmat nasihat kepada pelajar dan staf.

 

JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & INOVASI

  1. Menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat dan pakar rujuk kepada warga UiTM kampus cawangan.
  2. Memastikan hubungan strategik antara UiTM kampus cawangan dengan Perbadanan/ Majlis/ Lembaga/ Agensi / Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf yang lain beroperasi secara lancar dan baik.
  3. Menjalankan penyelidikan dan inovasi berkaitan institusi Zakat, Sedekah dan Wakaf bagi melestarikan sistem pengurusan zakat kontemporari dan efisyen.

JAWATANKUASA INFORMASI

  1. Mendapat dan mengemaskinikan info terkini zakat, sedekah dan wakaf dari BZSW UiTM Shah Alam
  2. Merancang dan mengadakan jaringan dengan institusi luar berkaitan pengurusan Zakat, Sedekah dan Wakaf
  3. Menggalakkan kempen penerangan dan informasi Zakat, Sedekah dan Wakaf kepada warga kampus.
7317020
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5454
6572
42411
7216593
315483
138792
7317020

Your IP: 10.0.31.50
2024-03-29 09:29

CONTACT US

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Tel   : +609 8400 400
Faks : +609 8400 107

 

 

 

e-Book Cerita Kampus