Unit Komunikasi Korporat
Unit ini diketuai oleh Koordinator Unit Komunikasi Korporat. Dasar unit ini adalah untuk memastikan semua maklumat disebarkan adalah sejajar dengan dasar UiTM.
Koordinator Unit Komunikasi KorporatArma Mohd Faizal Bin Abu Bakararmafaizal@uitm.edu.my
Tel: 09-8400 296
- Misi dan Visi
- Piagam Pelanggan
- Carta Organisasi
- Studio UiTM Terengganu
- ReStream ke Youtube & FB Live
- Muat Turun
- Pautan Lain
VISI
Menjadikan Unit Komunikasi Korporat yang sesuai untuk mengekalkan imej korporat dan identiti universiti yang memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan akademik.
MISI
Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan yang difokuskan kepada kebaikan universiti melalui peningkatan berterusan.
Kami komited untuk:
- Mengendalikan dan bertindak terhadap klien yang berpadanan selaras dengan perancangan dan objektif UiTM Cawangan Terengganu dengan mengumpul borang maklum balas dari kotak cadangan.
- Untuk memberitahu Wakil Pengurusan sebarang aduan untuk tindakan susulan untuk membetulkan keadaan.
- Untuk menjalankan penyelidikan dan menganalisis maklum balas pelanggan UiTM Cawangan Terengganu.
- Untuk menyelia dan memantau acara rasmi UiTM Cawangan Terengganu dengan mengkaji Jadual Perjalanan, Ucapan Selamat, Buku Program, Mesej Teks, Banner, Bunting, latar belakang serta mengendalikan keputusan pada tarikh program, dan surat jemputan kepada Tetamu Kehormat Tetamu Luar.
- Melaksanakan dasar-dasar yang berkenaan untuk menggambarkan dan mengekalkan imej korporat UiTM setiap masa dengan memantau dan memastikan penggunaan papan tanda, surat dan warna yang ditetapkan
- Membina hubungan baik dengan komuniti secara keseluruhan melalui program promosi / publisiti untuk membentuk perhubungan yang baik dengan persaudaraan media elektronik dan penerbitan, serta menganjurkan dan menyelenggara Laman Web UiTM Cawangan Terengganu.
Unit Komunikasi Korporat menyediakan kemudahan penggunaan Studio Mini UiTMCT bagi tujuan siaran langsung mahupun siaran rakaman program. Studio menggunakan konsep Green Screen ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti:
- Program seminar dalam talian (webinar)
- Ceramah & forum
- Online class
- Taklimat
- Rakaman ucapan
- dan lain-lain
Program boleh disiarkan ke saluran rasmi Youtube UiTMCT "Studio UiTM Terengganu" dan juga FB Live UiTM Cawangan Terengganu.
Untuk tempahan menggunakan studio mini boleh dibuat melalui sistem tempahan dalam talian BSU UiTM di http://bsu.uitm.edu.my.
Tempahan yang telah diluluskan perlu mengisi maklumat penerbitan rancangan bagi tujuan perincian program yang hendak diterbitkan. Link borang akan diberikan bersama emel kelulusan penggunaan studio. Atau klik disini. Hanya tempahan penggunaan studio yang TELAH DILULUSKAN sahaja boleh mengisi borang ini.
Sebarang pertanyaan berkaitan Studio Mini, sila hubungi Ketua Operasi Studio Mini, En Muhd Azri Abdul Razak - 013-301 4864 atau pejabat UKK.
Sebarang pertanyaan berkaitan Studio Mini, sila hubungi Ketua Operasi Studio Mini, En Muhd Azri Abdul Razak - 013-301 4864 atau pejabat UKK.
Panduan Tempahan Penggunaan Studio Mini UiTMCT
Semua program yang dirakamkan di Studio UiTM Cawangan Terengganu boleh dipancarkan secara terus (LIVE) ke saluran media sosial seperti Youtube dan Facebook rasmi UiTMCT.
Selain itu, UKK turut menyediakan perkhidmatan ReStream bagi program-program yang disiarkan dari platform lain seperti Google Meet, dan Webex, ke Youtube atau Facebook Live UiTMCT.
Untuk perkhidmatan ini, penganjur program perlu merujuk kepada kalendar penggunaan Studio di sistem BSU dan membuat tempahan melalui sistem tersebut (biarpun tidak menggunakan Studio). Tempahan perlu dibuat bagi mengelakkan pertembungan antara program in-studio dan ReStream. Kelulusan akan berikan dalam tempoh 2 hari bekerja. Sila semak emel anda.
Tempahan yang telah diluluskan perlu mengisi maklumat rancangan yang hendak di ReStream. Link borang akan diberikan bersama emel kelulusan penggunaan studio. Atau klik disini. Hanya tempahan penggunaan studio yang TELAH DILULUSKAN sahaja boleh mengisi borang ini.
Sila maklumkan kepada ketua operasi studio atau UKK selepas borang dihantar.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Operasi Studio Mini, En Mohd Saiful Najib - 019-249 6779 atau pejabat UKK.