Unit Perkhidmatan OKU
Unit Perkhidmatan OKU UiTM secara rasmi ditubuhkan pada 1 November 2019. Inisiatif penubuhan UPO UiTM ini selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian Tinggi yang telah dilancarkan pada 5 September 2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. UiTM merupakan universiti awam yang pertama di Malaysia meletakkan Unit Perkhidmatan OKU di bawah Pejabat Naib Canselor.
Pegawai Perhubungan Ketidakupayaan merupakan kakitangan Cawangan/Fakulti/Jabatan/Bahagian/Unit di UiTM yang dipilih oleh pusat tanggungjawab (PTj) masing-masing dan menerima surat lantikan daripada Naib Canselor UiTM.
Tanggungjawab Utama :-
- Menjadi tempat rujukan kepada warga OKU UiTM terutamanya dari aspek perselitaran tempat belajar dan tempat kerja di PTj masing-masing.
- Menjadi penghubung diantara PTj dan Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO UiTM) dan sebaliknya dalam perkongsian maklumat dan sokongan melibatkan warga OKU UiTM.
- Membantu dan menyokongUPO UiTM dalam mengemaskini maklumat warga OKU UiTM dan pelaksanaan program-program kesedaran, pemerkasaan dan pemberdayaan OKU di PTj masing-masing.
- Mengesyorkan kaedah dan pendekatan terbaik tentanf penyesuaian munasabah berdasarkan skop dan kemampuan PTj masing-masing dengan sokongan UPO UiTM.
- Menguruskan kemudahan dan perkhidmatan sokongan bagi warga OKU UiTM di PTj masing-masing dengan kerjasama dan sokongan UPO UiTM.
Nota :
- Warga Orang Kurang Upaya (OKU) UiTM adalah merangkumi :
- Pelajar UiTM yang berstatus AKTIF dan mempunyai kad rasmi OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajukan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh pengajian pelajar.
- Staf UiTM (akademik dan bukan akademik) samada KONTRAK ataupun TETAP dan mempunyai kad rasmi OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM.
- Mempunyai KAD OKU samada ketika mendaftar ataupun melapor diri merupakan OKU ataupun menjadi OKU ketika berada di dalam sistem UiTM.
Maklumat lengkap Unit Perkhidmatan OKU (UPO) melalui link berikut:
https://padlet.com/linda512/vw5a0ns9echk067t
Untuk sebarang pertanyaan / perbincangan, boleh terus email kami di: upo@uitm.edu.my
- Bantuan Khas Warga OKU UiTM (BKWO-UiTM)
Ianya adalah satu inisiatif di bawah Tabung Cakna OKU UiTM
Syarat Umum BKWO-UiTM
Syarat Umum:
- Warga OKU UiTM:
- Mahasiswa OKU (sepenuh masa dan separuh masa)
- Staf OKU (berstatus tetap / kontrak)
- Staf yang mempunyai tanggungan OKU (anak/pasangan/adik-beradik yang menetap sebumbung dan bergantung penuh kepada staf)
- Mempunyai kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun sekiranya baru menjadi OKU, perlu mengemukakan laporan penuh perubatan.
- Perlu berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM