Permohonan Program Pra Diploma UiTM Sesi Pengambilan Oktober 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Permohonan bagi program Pra Diploma UiTM untuk sesi kemasukan OKTOBER 2021 sedang dibuka dan untuk pengambilan fasa 1 akan ditutup pada 23/7/2021.
 

Semua pelajar lepasan SPM 2020 serta lepasan SPM 5 tahun sebelumnya (2015, 2016,2017,2018 & 2019) dan yang layak serta berminat boleh memohon.
 

SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA PERDAGANGAN;

Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

LULUS ; Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik

SYARAT KEMASUKAN PRA DIPLOMA SAINS

Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu

LULUS ; Sejarah dan Bahasa Inggeris
KEPUJIAN ; Matematik / Matematik Tambahan (salah satu)
LULUS ; Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan (salah satu)

Calon perlu melayari laman sesawang https://online.uitm.edu.my/PPT untuk proses permohonan secara atas talian dengan menggunakan No Pin yang akan diberi secara PERCUMA

Bagi calon yang tinggal di Terengganu, calon perlu memohon No Pin dengan menghantar email ke alamat email seperti berikut;

- Calon dari daerah Dungun, Marang dan Besut email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Calon dari daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Calon dari daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Maklumat yang perlu diberikan dalam email untuk mendapatkan No Pin adalah seperti berikut;
 

NAMA CALON                            :
NO MYKAD CALON (tanpa dash)  :
NO TEL BIMBIT                         :
ALAMAT RUMAH                        :


DISERTAKAN MAKLUMAT RINGKAS TENTANG PROGRAM PRA DIPLOMA UNTUK MAKLUMAN SEMUA. 

(jika tidak relevan kepada kita, mungkin berguna kepada saudara mara atau jiran tetangga kita)

Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) yang dulu dikenali sebagai Program MDAB telah dijalankan sejak 2010 dengan objektif penubuhannya untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang layak dari segi syarat SPM, pendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM4000 (B40) dan juga yang tidak mendapat tempat di universiti oleh kerana merit dan sebagainya. 

Pelajar-pelajar ini akan mengikuti program Pra Diploma Perdagangan (BA002) atau Pra Diploma Sains (PD007) mengikut kelayakan masing-masing.   

Kelebihan pelajar yang mengikuti program ini adalah;

a) Tidak perlu membayar yuran pengajian.
b) Percuma kolej kediaman
c) Mendapat elaun sara diri iaitu sebanyak RM860 hingga RM1700 (1 semester) (berdasarkan pendapatan ibubapa)

Selain itu, terdapat juga pelajar yang ditawarkan dengan program Pra Diploma yang Bukan Pra Pendidikan Tinggi (Bukan MDAB) yang mengikuti program Pra Diploma Perdagangan (BA003) dan Pra Diploma Sains (PD008) yang pendapatan ibubapanya RM4000 dan ke atas.  Bagi pelajar yang mengikuti program bukan PPT ini, mereka:

a) Perlu membayar yuran pengajian.
b) Perlu membayar yuran kolej kediaman (jika tinggal dikolej)
c) Tidak mendapat elaun diri

 

Semoga penerangan ringkas ini dapat membantu rakan rakan mengenali Program Pra Diploma ini.

Sehubungan itu, mohon dapat war-warkan kepada sedara mara, jiran tetangga dan kawan kawan yang mungkin memerlukan program ini. 

Bantulah mereka dengan menyebarkan maklumat ini.

Ini adalah satu usaha untuk bantu anak bangsa kita.

Maklumat terperinci boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang   https://pppt.uitm.edu.my/

 

Sekian, terima kasih.

682271
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5439
3698
12713
641422
12713
116198
682271

Your IP: 10.0.31.50
2021-08-03 21:25

Hubungi UiTMCT

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Telefon : +609 8400 400
Faks     : +609 8400 107

Pertanyaan Umum: Unit Komunikasi Korporat
Emel: unitkorporattganu@uitm.edu.my

 

 

Dana Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi