Jawatan Kosong UiTM. Tarikh Tutup pada 1 Mac 2021.

Assalamualaikum wbt.
 
Y.Bhg Prof./ Prof Madya Ts. Dr/ Prof Madya Dr/ Prof Madya/ Dr./Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dilampirkan iklan Perjawatan UiTM Bilangan 1/2021 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf Pejabat Pendaftar. Tarikh tutup adalah pada 1 Mac 2021.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Shah AlamUiTM Cawangan Selangor dan Hospital UiTMKampus Puncak Alam.

Staf UiTM berstatus tetap/kontrak yang berminat untuk memohon perlu membuat permohonan melalui sistem aplikasi dalam talian (online) di Portal i-Staf>> eProses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf.

Bagi staf kontrak Tabung Amanah/Pekerja Sambilan Harian serta bukan staf UiTM, permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan dibuat melalui sistem 

aplikasi dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021.

Pemohon hanya boleh memohon untuk SATU (1) jawatan yang diiklankan dengan menggunakan SATU (1) nombor pin SAHAJA.

Permohonan boleh mula dibuat mulai 14 Februari 2021 (Ahad).

Tarikh tutup iklan dan membuat permohonan adalah pada 1 Mac 2021 (Isnin).

Butiran lengkap berhubung iklan terbabit adalah seperti yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Pejabat Pendaftar
UiTM Shah Alam


Untuk memuat turun, sila klik di sini [Iklan UiTM Pengambilan Staf 1/2021 ]
 
175421
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
52
1622
9681
148468
7291
81860
175421

Your IP: 10.0.10.221
2021-03-05 00:49

Hubungi UiTMCT

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Terengganu Kampus Dungun

Sura Hujung, 23000 Dungun, Terengganu, MALAYSIA.

Telefon : +609 8400 400
Faks     : +609 8400 107

Pertanyaan Umum: Unit Komunikasi Korporat
Emel: unitkorporattganu@uitm.edu.my

 

 

Dana Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi