Bahagian Pengurusan Fasiliti

Unit Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi telah
beroperasi pada Jun 2013. Unit Pengurusan Fasiliti merupakan unit yang
dipertanggungjawabkan untuk mengurus tadbir dalam melaksanakan urusan
pembangunan dan fasiliti, penyelenggaraan bangunan serta infrastruktur kawasan
kampus di bawah pengawasan Jurutera Kanan Bahagian Pengurusan Fasiliti Kampus
Dungun. Bagi memantapkan keberkesanan dan kelancaran operasi, Unit Pengurusan
Fasiliti telah mewujudkan beberapa seksyen terdiri dari:- Seksyen Awam(Bangunan),
Seksyen Awam (Kawasan), Seksyen Pembangunan, Seksyen Elektrikal dan Seksyen
Mekanikal. Sehingga kini Unit Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi mempunyai seramai 13 orang staf yang diterajui oleh seorang Penolong Jurutera Kanan, 4 orang Penolong Jurutera (Awam, Mekanikal, Elektrikal), seorang Penjaga Jentera Elekrik Kanan, 3 orang Pembantu Kemahiran dan 4 orang Pembantu Awam.
Mohd Nurussabah bin Mat Zaki
Penolong Jurutera Kanan/Ketua UnitMohd Nurussabah bin Mat Zakimohdn799@uitm.edu.my
Tel: 09-8335025
Memastikan bagi urusan penyambungan kontrak perkhidmatan: Proses pemurnian dokumen tender selesai dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat kontrak. Proses pemurnian dokumen sebut harga selesai 6 bulan sebelum tamat kontrak Memastikan bagi urusan pelantikan kontraktor, 100% Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima surat makluman atau selewat – lewatnya 14 hari sebelum tarikh milik tapak. Memastikan bagi urusan tuntutan bayaran kontrak dibuat dalam tempoh berikut: i) Kontrak Kerja Konvensional - perakuan bayaran ditandatangani oleh Pegawai Penguasa atau Wakil Penguasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh penilaian tapak ii) Kontrak Perkhidmatan - semakan bayaran oleh BPF dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja Memastikan sekurang – kurangnya 1 aduan inisiatif dilaporkan setiap hari bekerja oleh staf BPF

MISI
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.




Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
Kampus Bukit Besi
23200 Dungun
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +609-833 5002
Fax: +609-833 5003
 
     

Dana Pembinaan Masjid UiTM Kampus Bukit Besi

INFO TERKINI KUTIPAN DANA PEMBINAAN MASJID KAMPUS BUKIT BESI SEBANYAK 
RM 1,642,951.10
 
BORANG ADUAN  MAKLUMBALAS PELANGGAN