Unit Bendahari

Pejabat Bendahari UiTM merupakan nadi utama pengurusan kewangan bagi seluruh sistem Universiti Teknologi MARA seperti mana yang termaktub di dalam Akta UiTM 173 (Pindaan 2000). Selaras dengan perkembangan UiTM, daripada Maktab RIDA dalam tahun 1956 kepada Institut Teknologi MARA dalam tahun 1967 dan seterusnya mendapat status Universiti pada 26 Ogos 1999, skop tugas Pejabat Bendahari turut diperluaskan. Bidang tugas utama Unit Kewangan UiTM Kampus Bukit Besi ialah mengendalikan urusan penerimaan hasil, kewangan pelajar, bajet, perolehan melalui Sebut Harga Rasmi dan Pembelian Terus, rekod harta benda, pembayaran dan akaun.
Khamarzul Ahmad
Penolong Bendahari Kanan/ Ketua UnitKhamarzul Ahmadkhama645@uitm.edu.my
Tel: 09-833 5029
Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat Sijil Audit Bersih setiap tahun. Kedua : Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
 
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika professional.
 
VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
 
Pertama : Menguruskan belanjawan Universiti seperti berikut : (a) Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Kampus Negeri / Cawangan yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk. (b) Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.

Kedua : Mengeluarkan Pesanan Tempatan untuk permohonan perolehan melalui : (a) Tender / Sebut Harga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS. (b) Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan belian diluluskan dalam FAIS.

Ketiga : Menjelaskan pembayaran terhadap semua 80% tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
 

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu
Kampus Bukit Besi
23200 Dungun
Terengganu Darul Iman
Malaysia

Phone: +609-833 5002
Fax: +609-833 5003
 
     

Dana Pembinaan Masjid UiTM Kampus Bukit Besi

INFO TERKINI KUTIPAN DANA PEMBINAAN MASJID KAMPUS BUKIT BESI SEBANYAK 
RM 1,642,951.10
 
BORANG ADUAN  MAKLUMBALAS PELANGGAN