Sebanyak 6 emas, 17 perak dan 4 gangsa telah berjaya dirangkul oleh UiTM (Terengganu) di Research, Invention, Innovation & Design 2012 (RIID 2012). Lebih membanggakan, satu daripadanya turut menerima anugerah The Best Invention Award.
Untuk rekod, pertandingan yang diadakan di UiTM (Melaka) pada 6-8 November ini, merupakan penyertaan dan pencapaian terbesar kita dalam bidang inovasi bagi tahun 2012.
Justeru, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Sokongan, bantuan dan kelulusan yang dihulurkan sangat-sangat dihargai. Moga ianya akan berterusan di masa-masa hadapan.
Diharapkan juga agar pencapaian ini dapat meningkatkan lagi semangat untuk berinovasi di kalangan kita semua. Ini seterusnya mampu meletakkan kita di landasan dalam melahirkan penerima hadiah Nobel yang pertama di kalangan warga UiTM selari dengan inspirasi Dato’ Seri Naib Canselor.
Kejayaan
6 Emas, 17 Perak & 4 Gangsa di RIID 2012 UiTM Melaka
More Articles...
Page 3 of 9

























