Sebanyak tujuh kertas kerja telah berjaya dibentangkan oleh wakil UiTM (Terengganu) di The 1st International Conference on the Global Economic Crisis and the ASEAN Economy. Konferensi antarabangsa ini telah diadakan di Jakarta, Indonesia pada 21-22 November 2012.
Enam daripadanya dibentangkan oleh pelajar ijazah sarjana muda kita, meliputi pelbagai tema makro ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN, pergerakan pasaran saham Malaysia dan negara serantau, turun naik harga komoditi emas, perbelanjaan isi rumah dan sistem perbankan Malaysia.




























