HOME: Sains Komputer & Matematik

Fakulti Sains Komputer & Matematik

E-mail Print PDF
Penyelaras Fakulti : Pn Rohayati Mat Ripin
Tel / Ext : 09-8403 819 / 1819
Bilik : Intelek KP20
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
FSKM UiTM Terengganu menawarkan 1 program Diploma dan 1 program Sarjana Muda iaitu program Diploma Sains Komputer dan program Sarjana Muda Pengkomputeran Perniagaan. Dengan bilangan pelajar di bawah fakulti seramai 549 orang, FSMK merupakan fakulti yang kedua terbesar selepas Fakulti Perakaunan. Sehingga kini terdapat 521 orang pelajar Diploma Sains Komputer dan 28 lagi pelajar Sarjana Muda Pengkomputeran Perniagaan. Tenaga pengajar di bawah fakulti ini adalah seramai 33 orang, dimana 20 orang pensyarah adalah daripada jabatan Sains Komputer dan 13 orang lagi adalah daripada jabatan Matematik dan Statistik.
  
Program-program yang ditawarkan di bawah fakulti ini dibentuk agar dapat melatih pelajar-pelajar di dalam aplikasi komputer secara saintifik dan komersil bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja mahir yang semakin meningkat di semua organisasi. Graduan-graduan daripada FSMK UiTM Terengganu boleh memilih samada mahu melanjutkan pelajaran mereka di peringkat lebih tinggi ataupun memasuki alam pekerjaan.
  
Kami disini berharap anda menjadikan UiTMCT pilihan anda untuk mencapai cita-cita dan merealisasikan impian anda. Semoga anda akan memperolehi pangalaman yang berguna dan menyeronokan selama anda berada di kampus ini. Selamat datang!

Hubungi Kami:
Universiti Teknologi MARA (Terengganu)
Sura Hujung
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel : +609-8400 400 Fax : +609-8400 107
Emel : korporat_trg@tganu.uitm.edu.my

Paparan Terbaik Pada Resolusi 1024x768 piksel menggunakan Internet Explorer 7.0 ++