HOME: Pengurusan Fasiliti

Pengurusan Fasiliti

E-mail Print PDF

Ketua Bahagian
Jurutera Kanan

Mohd Nahar Syam Ismail
Tel: 09-8400 140
Emel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) merupakan bahagian sokongan kepada pengurusan UiTM. Peranan yang dimainkan oleh BPF adalah amat besar terhadap pengurusan fasiliti universiti. Hampir semua aset universiti adalah diselenggara oleh BPF. Segala fasiliti universiti kecuali peralatan IT serta alat bantu mengajar adalah di bawah pengurusan bahagian.

Dalam memastikan kepuasan pelanggan dalam memberi khidmat, bahagian telah dibahagikan kepada tiga unit yang lebih bercorak kepada pengurusan dan bukan lagi teknikal. Unit Kontrak, Unit Khidmat Pelanggan serta Unit Pengurusan, masing-masing diketuai oleh Pembantu Teknik.

 

Dengan kakitangan yang berlainan bidang teknikal, BPF bukan sahaja ingin bergerak searus dengan kemajuan teknologi pembangunan dan kemudahan fasiliti, malahan juga dalam mengurus fasiliti universiti dalam memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan.


VISI
Menjadikan UiTM Cawangan Terengganu sebagai sebuah IPT yang mempunyai pengurusan kemudahan kampus yang terbaik.

MISI
  • Menjadi organisasi rujukan dalam bidang pengurusan kemudahan.
  • mempunyai sistem pengurusan yang efektif, efisien dan proaktif.
  • Menyediakan prasarana yang lengkap dan suasana pembelajaran dan pendidikan yang konduktif di kampus.
  • Menyediakan pakej penyelenggaraan yang kompetatif

OBJEKTIF
  • Melahirkan kepuashatian pelanggan ketika berurusan mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Memastikan penyelenggaraan dilakukan dari masa ke semasa mengikut keperluan kampus yang perlu diutamakan
  • Merancang proses pembangunan yang perlu diadakan sejajar dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi
  • Tidak berkompromi dari aspek keselamatan dan kualiti

Hubungi Kami:
Universiti Teknologi MARA (Terengganu)
Sura Hujung
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel : +609-8400 400 Fax : +609-8400 107
Emel : korporat_trg@tganu.uitm.edu.my

Paparan Terbaik Pada Resolusi 1024x768 piksel menggunakan Internet Explorer 7.0 ++