![]() |
Ketua Bahagian Timbalan Pendaftar Pn. Hanita Yusoff Tel: 09-8400 111 Emel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Bahagian Pentadbiran merupakan nadi pengurusan bagi UiTMÂ (Terengganu) yang bertanggungjawab di dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Ianya diketuai oleh Timbalan Pendaftar dan dibantu oleh Pegawai Eksekutif, Ketua Unit Keselamatan dan staf sokongan.
Moto
Mudah, pantas dan effektif.
Misi
Membangunkan sistem dan proses pengurusan staf berorientasikan masa depan.
Visi
Bahagian Pentadbiran, Pejabat Pendaftar sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Pengurusan Sumber Manusia yang menyokong dan mendorong ke arah pencapaian visi Universiti’.
Objektif
Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh
-
Memastikan rekod dan dokumen universiti dan staf disedia, diselenggara dan disimpan dengan selamat serta menjamin rahsia rasmi sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
-
Menjamin untuk memberi kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang cekap dan cepat kepada staf dan pelajar.
-
Menjamin urusan pengambilan staf sokongan dibuat secara adil, saksama dan profesional.
-
Menjamin perhubungan yang berkesan antara staf
-
Memastikan kebajikan staf terpelihara selaras dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di Universiti
-
Memastikan hak-hak dan kepentingan staf dipelihara dan dilaksanakan secara amanah dan telus.



















