![]() |
Ketua Bahagian Timbalan Rektor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Rahman Tel: 09-8403 700 Emel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Sebagai institusi pendidikan dan penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Akademik adalah salah satu bahagian terpenting dalam struktur organisasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Bahagian ini mengendalikan urusan yang berkaitan dengan akademik bermula dari pendaftaran pelajar baru sehingga pengedalian program yang melibatkan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu.
Bahagian ini diketuai oleh Prof Madya Dr Baharom Abdul Rahman sebagai Timbalan Rektor (Akademik dan Antarabangsa). Beliau dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Fakulti, Penolong Pendaftar, Koordinator/Ketua-ketua Unit dan Pegawai Eksekutif disamping staf-staf sokongan yang lain. Pada masa ini terdapat lebih kurang 360 orang pensyarah tetap dan 41 orang staf sokongan yang memberikan perkhidmatan kepada lebih kurang 7000 orang pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu.
Objektif
Objektif bahagian HEA adalah :
• Memenuhi keperluan semasa dan piawaian profesionalisme di dalam dunia akademia
• Menguruskan proses dan prosedur akademik
• Menyediakan perancangan pembangunan akademik
• Melaksana dan memantau kualiti penilaian dan piawaian akademik
• Memastikan penglibatan di dalam pelbagai aktiviti akademik termasuklah penerbitan dan penyelidikan
Pautan


















