HOME: Pejabat Rektor

Pejabat Rektor

E-mail Print PDF
Rektor UiTM (Terengganu)

Prof. Madya Dr. Abdol Samad bin Nawi

Tel: 09-8400 101
Emel: rektortrg
@tganu.uitm.edu.my

Pejabat Rektor adalah nadi pentadbiran kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Ianya adalah pusat pentadbiran kampus di mana semua perancangan dan pemantauan dilakukan di pejabat ini. Rektor di bantu oleh seorang Pengawai Eksekutif dan seorang Jurutrengkas/Pembantu Khas.

Fungsi Pejabat Rektor
Rektor adalah bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan kampus selari dengan objektif penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Oleh yang demikian pejabat ini akan menetapkan dasar dan objektif kampus disamping memastikan aktiviti-aktiviti kampus yang selaras dengan objektif penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu bermula dari perancangan sehingga pemantauan projek tersebut. Pengurusan aktiviti-aktiviti tersebut dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat berkala seperti Mesyuarat Ketua Bahagian, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan Mesyuarat Pengurusan Dalaman.

  • Rektor juga bertanggungjawab untuk menyampaikan perkembangan terkini dari pengurusan induk di Shah Alam kepada kakitangan / pelajar di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu melalui pekeliling, makluman dalam mesyuarat, surat dan lain-lain.
  • Rektor juga menguruskan hal ehwal perhubungan awam dengan masyarakat di luar kampus.
  • Rektor juga bertanggungjawab untuk menetapkan dasar dan objektif kualiti bagi memastikan proses-proses dikendalikan berkualiti bagi menghasilkan graduan yang sebaik mungkin.

Hubungi Kami:
Universiti Teknologi MARA (Terengganu)
Sura Hujung
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel : +609-8400 400 Fax : +609-8400 107
Emel : korporat_trg@tganu.uitm.edu.my

Paparan Terbaik Pada Resolusi 1024x768 piksel menggunakan Internet Explorer 7.0 ++