HOME: Info Pencapaian & Kejayaan 4 Julai - UiTM anjur Karnival Keusahawanan UiTM 1Malaysia (Bernama & SH)

4 Julai - UiTM anjur Karnival Keusahawanan UiTM 1Malaysia (Bernama & SH)

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU, 4 Julai (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun Terengganu akan menganjurkan Karnival Keusahawanan UiTM 1Malaysia 2012 juga dikenali sebagai Y-Entrec 2012.

Ia akan berlangsung di sekitar kampus itu bermula 15-19 Julai ini.

Koordinator Komunikasi Korporat dan Antarabangsa UiTM Mohd Talmizie Amron berkata program berkenaan bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan warga kampus.

Katanya pelbagai aktiviti sampingan berkaitan usahawan, akademik dan hiburan ringan turut diadakan bagi memeriahkan program.

"Sepanjang karnival itu berlangsung beberapa acara seperti seminar keushawanan, gerai niaga, jualan hasil pertanian, festival buah-buahan tempatan dan sukan rakyat turut dimuatkan," katanya dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA

Hubungi Kami:
Universiti Teknologi MARA (Terengganu)
Sura Hujung
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel : +609-8400 400 Fax : +609-8400 107
Emel : korporat_trg@tganu.uitm.edu.my

Paparan Terbaik Pada Resolusi 1024x768 piksel menggunakan Internet Explorer 7.0 ++