HOME: Akademi Pengajian Bahasa

Akademi Pengajian Bahasa

E-mail Print PDF
Penyelaras Fakulti Pn Hjh Roszainora Hj Setia
SEJARAH
Akademi Pengajian Bahasa sebelum 1 Julai 2003 dikenali sebagai Pusat Bahasa merupakan kesinambungan daripada Kursus Persedian di kampus ITM, Jalan Othman yang ditubuhkan pada awal tahun 60-an.
Sejarah perkembangan Akademi Pengajian Bahasa seperti dibawah

TAHUN PERKEMBANGAN

1960-an Pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa asing ditawarkan di kampus Jalan Othman, Petaling Jaya.
1970-an Kursus Persediaan bahasa Inggeris ditawarkan di kampus Jalan Othman, Petaling Jaya
1972 Penubuhan Pusat Bahasa
· Unit Bahasa Asia dan Eropah (BAE)
1975 Pengajaran Bahasa Melayu untuk kakitangan akademik, am dan pelajar di beberapa fakulti
1977 Penubuhan Unit Bahasa Inggeris untuk menyelaraskan kursus-kursus bahasa Inggeris yang sebelum ini dikendalikan oleh fakulti masing-masing
1979 Pusat Bahasa - Unit Bahasa Inggeris, Unit Bahasa Melayu dan Unit Bahasa Asia dan Eropah digabungkan.
· Ketiga-tiga unit dinaik taraf kepada jabatan
· Pusat Bahasa diketuai oleh seorang ketua
· Setiap jabatan diketahuai oleh seorang koordinator
1985 Koordinator Bahasa di kampus-kampus cawangan diwujudkan
1985 - 1986 Program Sijil Lanjutan TESL
1986 Jawatan Timbalan Ketua diwujudkan
1995 - 1997 Program M. Ed. TESL - usahasama dengan Stirling University, UK.
1998 Dua Jawatan Timbalan Ketua diwujudkan
· Timbalan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris & Linguistik
· Timbalan Ketua Jabatan BAE, Jabatan Pengajian Melayu dan Pengantarabangsaan
2003 (Julai) Pusat Bahasa dinaik taraf kepada Akademi Pengajian Bahasa ( Academy of Language Studies )
· Diketuai oleh seorang Dekan dan dua orang Timbalan Ketua

Hubungi Kami:
Universiti Teknologi MARA (Terengganu)
Sura Hujung
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel : +609-8400 400 Fax : +609-8400 107
Emel : korporat_trg@tganu.uitm.edu.my

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement