PERATURAN PENGGUNAAN BILIK AL-GHAZALI
Pengunaan Bilik Al-Ghazali
Hanya 3 aktiviti di bawah dibenarkan dijalankan di Bilik Al-Ghazali mulai Januari 2008 iaitu :
1. Taklimat Untuk Pelawat
2. Persembahan Projek
3. Aktiviti Perpustakaan
Cara Permohonan
1. Pensyarah / pelajar boleh menempah Bilik Al-Ghazali dengan membuat tempahan terus di Bilik UPPPK atau melalui panggilan telefon di talian 1191/1183.
Masa Penggunaan
Ahad – Rabu : 8.30 pagi - 6.00 petang
Khamis : 8.30 pagi - 4.00 petang
Syarat-Syarat Penggunaan
1. Penempah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan program (menepati masa)
2. Membuat pengimbasan virus pada disket/pen drive yang hendak digunakan terlebih dahulu
3. Menghubungi staf perpustakaan sekiranya peralatan tidak berfungsi/ bermasalah
4. Tidak dibenarkan mengalih /mengubah kedudukan perkakasan yang ada tanpa kebenaran
5. Menjaga kebersihan bilik ( makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk)
6. Memastikan suis eletrik dan komputer ditutup selepas program selesai dijalankan.
7. Tidak membuat bising sewaktu masuk dan keluar selepas program tamat
8. Mematuhi sahsiah rupadiri pelajar/staf UiTM
9. Perpustakaan berhak membatalkan tempahan sekiranya penempah didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas.










