Urusan penjilidan tertumpu kepada bidang kerja seperti :
- Menjillid bahan-bahan seperti Majalah (cukup isu satu tahun), Buku (buku yang difotostat), Kertas kerja seminar,Pamphlet dan Lain-lain dokumen berdasarkan kepada permohonan yang dibuat oleh unit-unit di perpustakaan atau lain-lain bahagian di UiTMT.
- Membaiki buku-buku dan lain-lain bahan seperti pamplet dan majalah yang rosak.
- Memotong kertas dan sebagainya.
Semua bahagian UiTMT boleh mendapatkan perkhidmatan menjilid dokumen rasmi untuk bahagian masing-masing. Permohonan boleh dibuat dengan cara:
- Mendapatkan borang permohonan di Bahagian Jilid.
- Mendapatkan pengesahan dari Ketua Bahagian.
- Menyerahkan bahan dan borang kepada Pustakawan Unit Majalah & Jilid untuk kelulusan.
- Memberikan tempoh sekurang-kurangnya satu minggu bagi menyiapkan kerja-kerja penjilidan
- Menghubungi staf di Bilik Jilid untuk mendapatkan bahan yang telah siap dijilid.
- Jenis penjilidan yang dihasilkan adalah ' hardcover', 'simple binding'atau 'file'.










