Fungsi-fungsi:
- Menerima cadangan melanggan majalah/jurnal yang ada kaitan dengan silibus di UiTMT dari pengguna perpustakaan (Pensyarah). Permohonan langganan majalah umum dipertimbangkan. Cadangan boleh dibuat melalui telefon, email,berjumpa dengan Pustakawan UJPD
- Menguruskan pinjaman bahan di Unit Majalah. Majalah popular adalah bahan terkawal yang ditempatkan di Bilik Pustakawan UJPD. Senarai majalah terkawal adalah Dewan Ekonomi, Arena Bola Sepak, Usahawan, Jelita, Her World, Wanita, Mastika, Anjung Seri, Al-Islam dan Dewan Masyarakat.
- Indeks Majalah - Artikel yang penting yang terdapat pada majalah akademik dan majalah popular akan diindekskan untuk dijadikan sumber rujukan pengguna. Artikel ini boleh dirujuk melalui 'Infoline'.
- Content Pages - Diberikan kepada pensyarah dan staf yang memerlukannya.









