Navi: Mengenai Kami Unit-Unit Unit Perkhidmatan Maklumat

Unit Perkhidmatan Maklumat

E-mail Print PDF

Fungsi-fungsi:

  • Mengumpul dan memproses koleksi bahan terkawal

Koleksi bahan terkawal terdiri daripada kertaskerja seminar, tesis, projek pelajar penerbitan organisasi seperti laporan tahunan, prospektus dan             risalah serta akhbar  sisipan isu lama. Rekod bahan boleh dirujuk melalui  INFOLINE.

  • Menguruskan pinjaman bahan terkawal.

Koleksi bahan terkawal ditempatkan di Bilik Perkhidmatan Maklumat II . Bahan boleh dipinjam untuk tujuan rujukan di dalam perpustakaan                    tempoh pinjaman 2 jam sahaja. Setiap pinjaman perlu menggunakan borang khas yang disediakan. Pelajar perlu meninggalkan kad  pelajar                   bersama  borang pinjaman yang telah diisi di Kaunter Perkhidmatan Maklumat II.

  • Memberi perkhidmatan khidmat nasihat dan perkhidmatan merujuk

Pengguna pada bila-bila masa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada Pustakawan secara perseorangan atau berkumpulan untuk :

  1. Mendapatkan kemahiran menggunakan sumber-sumber rujukan perpustakaan /  perkhidmatan atas talian
  2. Mendapatkan khidmat nasihat di dalam membuat tugasan kuliah / projek penyelidikan
  3. Mengetahui perkhidmatan yang sedia ada atau perkhidmatan baru di perpustakaan
  • Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna

Program ini memfokuskan kepada teknik pencaraian maklumat melalui INFOTRACK, pencarian maklumat melalui pangkalan data atas talian dan              CD-ROM. Diantara program yang dijalankan adalah:

  1. Mengadakan Program Kemahiran Perpustakaan khusus untuk semua pelajar semester satu diperingkat Diploma dan Sarjana Muda serta Program  Panduan Perpustakaan untuk pensyarah baru, pelajar PJJ dan pelawat luar.
  2. Mengadakan kelas-kelas bimbingan perpustakaan melalui usahasama dengan pihak pensyarah
  3. Mengadakan kelas bimbingan perpustakaan dari masa kesemasa terbuka kepada semua pelajar dari semua program dan bahagian, mengikut        jadual yang ditetapkan atau atas permintaan pelajar.
  • Mengadakan Promosi Perpustakaan

Promosi dilakukan untuk menghebahkan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang disediakan oleh perpustakaan, makluman tentang aktiviti yang           dijalankan atau berita-berita terkini yang melibatkan perkhidmatan atau polisi perpustakaan.Hebahan dilakukan melalui:

  1. Penerbitan perpustakaan iaitu risalah dan laporan tahunan serta notis/makluman yang diedarkan/ tampal di semua bahagian-bahagian di UiTMT.
  2. E-mail
  3. Penganjuran aktiviti seperti kuiz, ‘hands on training’ dll.