Peraturan Pinjaman Jurnal & Majalah Popular
- Pinjaman jurnal/majalah popular hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
- Peminjam dikehendaki mengisi borang pinjaman jurnal/majalah & menyerahkan kad pelajar di kaunter Unit Jurnal & Pangkalan Data (UJPD).
- Jumlah maksimum pinjaman bahan adalah 2 judul/naskah dalam satu masa dengan tempoh pinjaman adalah 2jam ssahaja.
- Peminjam tidak dibenarkan membawa keluar bahan yang dipinjam daripada perpustakaan.
- Pinjaman dan pemulangan dilakukan di Kaunter Majalah sahaja.
- Sekiranya bahan tidak dipulangkan setelah tamat tempoh 2 jam, peminjam tidak dibenarkan untuk meminjam bahan pada hari berikutnya.
Peraturan Pinjaman Jurnal/Majalah Berjilid
Pinjaman bermalam jurnal berjilid hanya dibenarkan kepada staf akademik dan bukan akademik dengan syarat-syarat berikut:-
- Peminjam perlu merekodkan maklumat diri & bahan dipinjam dalam Buku Rekod Pinjaman Jurnal.
- Tempoh pinjaman adalah 4 hari waktu bekerja.
- Had pinjaman adalah 4 naskah sahaja.
- Pinjaman dan pemulangan di buat di kaunter majalah.
- Sekiranya bahan tidak dipulangkan mengikut masa yang ditetapkan, peminjam tidak dibenarkan untuk meminjam bahan pada bulan berikutnya.









