terengganu.uitm.edu.my

Banner

Orientasi Perpustakaan

E-mail Print PDF

Orientasi/Taklimat perpustakaan yang dijalankan adalah berbeza mengikut kategori pengguna. Sesi taklimat/orientasi untuk pelajar baru akan di tentukan tarikh dan masanya oleh Pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat dengan merujuk Jadual Kelas pelajar mengikut program. Kebiasaannya, tempoh masa yang diambil bagi mengendalikan sesi orientasi/taklimat perpustakaan adalah di antara satu jam ke satu jam setengah. Pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat dan Pembantu Perpustakaan adalah bertanggungjawab mengadakan taklimat untuk pelajar baru.

Orientasi yang asas diberi kepada pelajar baru sementara orientasi yang lebih menyeluruh diberi kepada kakitangan akademik. Bagi pelajar baru Diploma, taklimat yang diberikan lebih menekankan kepada cara penggunaan WebOPAC dan kaedah pencarian yang betul selain memberikan input tambahan berkaitan Perpustakaan (perkhidmatan & kemudahan yang disediakan), EQuip, EQPS (Electronic Question Papers System) dan lain-lain yang bersesuaian. Manakala bagi pelajar baru Ijazah, penekanan yang serius akan diberikan berkaitan tatacara penggunaan/pencarian bahan menggunakan Pangkalan Data Atas Talian yang dilanggan menerusi EzAccess serta kaedah alternatif dengan menggunakan enjin pencarian Google Scholar dan Pangkalan Data Bebas seperti Open Access Journal (AOJ).

Lawatan yang lebih formal dan menyeluruh iaitu Library Tour turut ditawarkan kepada sekumpulan pengguna yang memerlukan. Lawatan ini biasanya akan diadakan di akhir sesi orientasi/taklimat perpustakaan.