terengganu.uitm.edu.my

Banner
HOME: Perkhidmatan & Kemudahan Perkhidmatan Maklumat Pengenalan Perkhidmatan Maklumat

Pengenalan Perkhidmatan Maklumat

E-mail Print PDF

Unit Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu meliputi semua aktiviti pendidikan penggunaan, perkhidmatan rujukan, khidmat nasihat, aktiviti promosi, aktiviti penerbitan dan pemasaran perkhidmatan kepada pelanggan untuk mendapatkan bahan maklumat dan sumber rujukan.

Unit Perkhidmatan Maklumat turut menjalankan pemprosesan bahan. Bahan-bahan yang ditempatkan di Unit Perkhidmatan Maklumat merupakan Koleksi Bahan Rezab yang terdiri daripada cakera padat, kertas soalan peperiksaan (dalaman), penerbitan UiTM, laporan tahunan badan-badan kerajaan dan syarikat , buku-buku yang dicadangkan oleh pensyarah, projek pelajar dan tesis yang dihasilkan oleh pensyarah UiTM Terengganu.

Objektif Unit Perkhidmatan Maklumat

  • Menyediakan bantuan rujukan yang setara kepada pihak pengurusan, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan pelajar
  • Mengumpul, menyusun atur dan mengendalikan sumber bahan maklumat yang terdiri daripada bahan bercetak dan bahan bukan bercetak
  • Mengenalpasti dan mempromosi perkhidmatan maklumat kepada pengguna sasaran iaitu warga UiTM Terengganu
  • Menggunakan kepakaran kakitangan yang terlatih dalam penyebaran bahan maklumat
  • Memastikan pengguna perpustakaan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan konsisten
  • Menyediakan program pengajaran dan panduan penggunaan sumber maklumat perpustakaan yang komprehensif
  • Mengenalpasti keperluan maklumat pengguna melalui temubual rujukan
  • Menjadi institusi rujukan utama bagi warga universiti
  • Menjalinkan kerjasama dengan institusi dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha memperbaiki perkhidmatan
  • Memberi panduan kepada pengguna terhadap sumber maklumat yang bersesuaian dan mampu membekalkan maklumat yang diperlukan