terengganu.uitm.edu.my

Banner
HOME: Perkhidmatan & Kemudahan Perkhidmatan IT Makmal Komputer Ibnu Saffar & Ibnu Sina

Sudut IT

E-mail Print PDF

Di Sudut IT Perpustakaan Cendekiawan, terdapat dua(2) buah makmal berkomputer disediakan bagi kemudahan para pelanggan kami. Setiap komputer boleh digunakan bagi kemudahan pengguna seperti mengakses internet, menaip tugasan akademik, mencetak, scan dan pencarian bahan.

Di sudut ini juga, disediakan dua(2) pencetak bagi kemudahan pengguna, bergantung kepada kehendak pengguna sama ada ingin menggunakan pencetak berwarna ataupun pencetak hitam putih. bagi penggunaan pencetak berwarna, sistem 'top-up' diguna pakai bagi mengakses pencetak tersebut. Pengguna boleh berdaftar di kaunter bersebelahan makmal bagi menggunakan perkhidmatan tersebut.

Peraturan-peraturan menggunakan makmal komputer

  • Setiap 1 PC = 1 Pengguna = 1 jam sahaja.
  • Untuk mengguna PC pengguna perlu mendaftar di Kaunter  (bersebelahan makmal).
  • Pengguna dilarang menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan dengan mengakses laman web selain tujuan akademik/ilmiah.
  • Pengguna dilarang memuat turut dan menyimpan apa-apa aplikasi/fail/dokumen pada komputer makmal.
  • Dilarang mengubah apa-apa jua 'setting' yang telah ditetapkan pada komputer makmal.