terengganu.uitm.edu.my

Banner

Sewaan Loker

E-mail Print PDF

Peraturan & Syarat Sewaan:

  1. Bayaran sewa sebanyak RM5.00 bagi satu semester. (RM2.00 untuk loker paling bawah)
  2. Bayaran RM3.00  diberikan untuk Ahli Kelab Skater sahaja (mana-mana bahagian atas/tengah loker)
  3. Bayaran hendaklah dibuat di Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
  4. Pelajar bertanggungjawab ke atas kunci loker dan tidak dibenarkan membuat pendua
  5. Bayaran gantirugi akan dikenakan sebanyak RM10.00 sekiranya anak kunci hilang atau rosak dengan sengaja
  6. Pelajar perlu menyerahkan kunci loker ke Unit Perkhidmatan Pelanggan sebelum cuti akhir semester
  7. Tindakan akan diambil sekiranya didapati pelajar menyimpan barang yang dilarang
  8. Pelajar tidak dibenarkan memberi anak kunci kepada orang lain.
  9. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan/kecurian barang pelajar

Cara-Cara Memohon:

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Penyewaan Loker yang disediakan di Bilik UPPPK atau boleh dimuat-turun terus daripada pautan E-Borang yang disediakan.
  2. Pemohon perlu mengenalpasti loker dan kedudukan loker yang diperlukan. Harga sewaan bergantung kepada kedudukan loker. Setelah loker dipilih, pemohon perlu membuat bayaran. Resit dan kunci loker seterusnya akan diberikan kepada pemohon setelah selesai membuat pembayaran.
  3. Sekiranya terdapat masalah seperti kunci loker hilang/rosak /loker diceroboh, laporan perlulah dikemukakan kepada pihak petugas untuk tindakan selanjutnya.