terengganu.uitm.edu.my

Banner

Tempahan Bilik Al-Ghazali

E-mail Print PDF

Pengunaan Bilik Al-Ghazali

Hanya 3 aktiviti di bawah dibenarkan dijalankan di Bilik Al-Ghazali mulai Januari 2008 iaitu :

1. Taklimat Untuk Pelawat
2. Persembahan Projek
3. Aktiviti Perpustakaan

Cara Permohonan

Pemohon perlu membuat tempahan di Bilik Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi (UPPPK) / mengubungi staf bertugas di talian 1191/1183. Pemohon perlu memastikan watu tempahan tidak bertindan dengan pemohon yang lain. Sekiranya, ada kekosongan, pemohon perlu mengisi jadual tempahan yang disediakan dengan mengisi maklumat-maklumat berikut:

  • Nama Pensyarah
  • Kod Subjek
  • No. Telefon (Pemohon/Pensyarah)

Pemohon juga perlu memaklumkan semula kepada petugas sekiranya ingin membatalkan tempahan untuk dibuka kepada pemohon lain.

Masa Penggunaan


Ahad - Rabu : 8.30 pagi - 6.00 petang
Khamis : 8.30 pagi - 4.00 petang

Syarat Penggunaan

  1. Penempah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan program (menepati masa)
  2. Membuat pengimbasan virus pada disket/pen drive yang hendak digunakan terlebih dahulu
  3. Menghubungi staf perpustakaan sekiranya peralatan tidak berfungsi/ bermasalah
  4. Tidak dibenarkan mengalih /mengubah kedudukan perkakasan yang ada tanpa kebenaran
  5. Menjaga kebersihan bilik ( makanan dan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk)
  6. Memastikan suis eletrik dan komputer ditutup selepas program selesai dijalankan.
  7. Tidak membuat bising sewaktu masuk dan keluar selepas program tamat
  8. Mematuhi sahsiah rupadiri pelajar/staf UiTM
  9. Perpustakaan berhak membatalkan tempahan sekiranya penempah didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas.