terengganu.uitm.edu.my

Banner

Pinjaman Antara Perpustakaan

E-mail Print PDF

Pengenalan

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Ia adalah satu sistem lanjutan daripada perkhidmatan Pinjaman antara Perpustakaan. Melalui sistem ini anda boleh meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi yang menyertai sistem ini untuk digunakan di perpustakaan/institusi anda. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Pusat Penyelaras Sistem Pembekalan Penerbitan.

Direktori Keahlian SPP

Objektif

Menyediakan penerbitan dalam bentuk asal atau salinan yang dipinjam daripada perpustakaan dalam negara dan antarabangsa untuk pengguna di dalam negara. Memorandum Persefahaman Perpustakaan atau institusi yang mempunyai perpustakaan atau pusat sumber boleh memohon menjadi ahli SPP. Perpustakaan atau institusi perlu menandatangani 2 salinan Memorandum Persefahaman untuk menjadi ahli Sistem Pembekalan Penerbitan.
Bahan-bahan yang boleh dipinjam
1. Tempoh pinjaman bagi sesuatu bahan ialah sebulan. Namun perpustakaan pembekal berhak mengurangkan tempoh pinjaman, sekiranya bahan tersebut diperlukan oleh pembaca lain.
2. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat bagi tempoh tidak melebihi 2 minggu jika bahan-bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain.

Salinan foto kepada bahan-bahan asal yang tidak dapat dipinjam boleh dibekalkan atas permohonan, dengan syarat permohonan seperti ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Hakcipta 1987. Bahan-bahan yang diterbitkan seperti tesis perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dari penulis.


Tempoh Pinjaman
1. Tempoh pinjaman bagi sesuatu bahan ialah sebulan. Namun perpustakaan pembekal berhak mengurangkan tempoh pinjaman, sekiranya bahan tersebut diperlukan oleh pembaca lain.
2. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat bagi tempoh tidak melebihi 2 minggu jika bahan-bahan tersebut ditempah oleh pengguna/perpustakaan lain.

Permohonan Perkhidmatan SPP
1. Permohonan boleh dibuat melalui telefon, e-mel, faks atau datang sendiri ke perpustakaan pembekal dengan membawa bersama borang Permohonan SPP yang telah lengkap diisi.
2. Permohonan bahan-bahan yang tidak terdapat dalam negara, boleh dikemukakan kepada Pusat Penyelaras yang bertanggungjawab menghantar permohonan tersebut ke luar negara.
3. Semasa membuat permohonan SPP, butir-butir lengkap bibliografi hendaklah diisi seperti berikut:

  • Nama penuh pengarang
  • Judul Bahan
  • Bilangan jilid
  • Tarikh penerbitan
  • Tempat terbitan
  • Edisi
  • Muka surat


Keselamatan Bahan
1. Mengembalikan semua bahan yang dipinjam pada masa yang ditetapkan.
2. Memastikan kesemua bahan yang dipinjam berada dalam keadaan baik.
3. Membayar kos pembaikan atau penggantian bahan perpustakaan yang hilang/rosak.


Bayaran/Denda
Di bawah sistem ini sebarang permohonan untuk pinjaman buku/bahan asal tidak dikenakan bayaran
Pembayaran hanya dikenakan terhadap permintaan untuk mendapatkan salinan bahan/pembayaran denda bagi bahan yang lampau tempoh atau hilang seperti yang terdapat dalam Akta Perpustakaan Negara 1972, Peraturan-peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) 1993.
1. Para pemohon akan dikenakan bayaran sekiranya mereka memohon salinan (fotokopi) daripada bahan-bahan asal yang tidak boleh dipinjamkan dan lain-lain bayaran jika dikenakan oleh institusi berkenaan.
2. Perbelanjaan permohonan untuk bahan-bahan dari institusi luar negara akan ditanggung oleh Pusat Penyelaras.

Untuk permohonan SPP, pemohon boleh menghubungi kami melalui:

Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
Perpustakaan Cendekiawan
UiTM (Terengganu) 
Sura Hujung
23000 Dungun
Terengganu

Tel: (+609)-8400183
Fax: (+609)-8400199
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

(U/P: En. Md Kamil Ibrahim)