terengganu.uitm.edu.my

Banner

Denda Lewat Pemulangan Buku

E-mail Print PDF

Bahan yang lewat dipulangkan akan dikenakan tindakan seperti berikut:

Kategori Keahlian Deskripsi Tindakan
Kakitangan Akademik Sepenuh Masa/ Kontrak/ Sambilan/ Sementara/ Pemeriksa Luar Arahan Pemotongan Gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan / selepas 14 hari peringatan ketiga dikeluarkan
Kakitangan Bukan Akademik Sepenuh Masa/ Kontrak/ Sambilan/ Sementara Arahan Pemotongan Gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan
Jurulatih/Tutor Sepenuh Masa/ Kontrak/ Sambilan/ Sementara Arahan Pemotongan Gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan
Pelajar Sepenuh Masa/ PJJ/ FLP/ KLK/ Sijil / Matrikulasi/ Sarjana/ PhD RM0.20/ sehari
Ahli Luar Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan RM0.20/ sehari

Bayaran boleh dilakukan di Bilik UPPPK Perpustakaan Cendekiawan, UiTM (Terengganu).

Permohonan pengurangan/pengecualian denda hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut:

i. Mengemukakan sijil cuti sakit
ii. Bahan telah dipulangkan tetapi masih ada dalam rekod pelanggan sistem
iii. Bahan tidak pernah dipinjam tetapi ada dalam rekod pelanggan sistem
iv. Lain-lain (dibenarkan oleh Ketua Bahagian)

Sekiranya tarikh pemulangan jatuh pada hari cuti semester, cuti pertengahan semester, cuti am, Sabtu (bermula 1 Julai 2005) dan Jumaat (cuti umum bagi Negeri Terengganu & Kelantan), tiada denda dikenakan.

Denda maksimum yang ditetapkan adalah RM5.00. Pelajar tidak dibenarkan meminjam buku selanjutnya sehingga hutang/denda dijelaskan.