Pinjaman

E-mail Print PDF

Syarat-syarat Pinjaman

Hanya pelanggan yang berdaftar  dan telah menghadiri sesi taklimat kemahiran perpustakaan di Perpustakaan UiTMT  dibenarkan untuk membuat pinjaman bahan. Pelanggan di kampus cawangan lain dibenarkan membuat rujukan di perpustakaan kampus UiTMT.

Pelanggan perpustakaan hanya dibenarkan membuat pinjaman buku yang berstatus rak terbuka (open shelf) sahaja.

Pelanggan mestilah menggunakan kad keahlian untuk urusan pinjaman buku. Mereka yang tidak membawa kad keahlian tidak  dibenarkan membuat sebarang pinjaman.

Pelanggan perpustakaan tidak dibenarkan meminjam buku-buku rujukan kecuali dengan kebenaran Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi (UPPPK) atau Ketua Perpustakaan UiTMT untuk tempoh 3 hari (waktu bekerja).

Pelanggan mesti memastikan buku berada dalam keadaan baik dan dicop tarikh pemulangan (cop dakwat biru). Sekiranya buku rosak ketika di dalam pinjaman, pelanggan dikehendaki membuat laporan kerosakan dengan mengisi borang PrpC (UPPPK) Laporan Kerosakan Buku – 11/2009 dan bayaran RM20.00 dikenakan sebagai kos penjilidan semula.

Pinjaman tidak dibenarkan sekiranya sistem ILMU gagal beroperasi (system down), kecuali melibatkan kes-kes tertentu sahaja seperti:

a) Pelanggan betul-betul dikenal pasti
b) Bahan tersebut amat diperlukan untuk tujuan pengajaran.

Kelayakan Pinjaman

KATEGORI KEAHLIAN

DESKRIPSI

JUMLAH PINJAMAN BIASA

TEMPOH PINJAMAN

Kakitangan Akademik

Sepenuh Masa

25

29 Hari

Kontrak

12

29 Hari

Sambilan

4

29 Hari

Sementara

4

29 Hari

Pemeriksa Luar

4

29 Hari





Kakitangan Bukan Akademik

Sepenuh Masa

8

29 Hari

Kontrak

4

29 Hari

Sambilan

2

29 Hari

Sementara

2

29 Hari




Jurulatih / Tutor

Sepenuh Masa

4

29 Hari

Kontrak

4

29 Hari

Sambilan

2

29 Hari

Sementara

2

29 Hari





Pelajar

Sepenuh Masa (Diploma)

10

14 Hari

PJJ/ FLP

8

29 Hari

Klk / Sijil / Matrikulasi

4

14 Hari

Sarjana Klk

8

29 Hari

PhD

60

29 Hari





Ahli Luar

Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan

4

29 Hari