terengganu.uitm.edu.my

Banner
HOME: Mengenai Kami Visi, Misi & Objektif

Visi, Misi & Objektif

E-mail Print PDF

Visi

Menjadikan Perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.

 

Misi

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

 

Objektif

  • Membentuk staf perpustakaan yang berintegriti dan berakauntabiliti serta mempunyai jatidiri dan mengamalkan nilai-nilai murni serta berusaha menjadikan staf perpustakaan berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka
  • Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, mempunyai pelbagai kemahiran, beretika tinggi, proaktif dan semangat berpasukan melalui latihan pendidikan yang berterusan serta peningkatan dalam kerjaya
  • Menjadikan Perpustakaan UiTM (Terengganu) cemerlang dari aspek kepelbagaian sumber ilmu yang terkini dan komprehensif, perkhidmatan dan kemudahan ICT yang mantap melalui penambahbaikan proses kerja dan keberkesanan kos
  • Menjadikan Perpustakaan UiTM (Terengganu) sebagai pusat maklumat cemerlang dari aspek perkhidmatan pelanggan dalam usaha mewujudkan warga kampus berbudaya ilmu (Knowledge culture)