terengganu.uitm.edu.my

Banner
HOME: Mengenai Kami Sejarah & Pengenalan

Sejarah & Pengenalan

E-mail Print PDF

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu

Sejarah awal penubuhan Perpustakaan UiTM Terengganu (UiTMT) bermula di Sura Gate, Dungun pada Jun 1975 dengan jumlah kakitangannya seramai 4 orang.Perpustakaan pada ketika itu hanya dapat menampung 30 pengguna dalam satu masa. Pada tahun 1985 perpustakaan telah berpindah ke bangunan baru di Sura Hujung iaitu banguan tetap dua tingkat yang boleh memuatkan 600 pengguna di dalam satu masa. Bilangan staf  juga telah bertambah kepada 23 orang.

Dari tahun 1970an sehingga pertengahan tahun 1980an koleksi perpustakaan hanya tertumpu kepada bahan-bahan bercetak seperti buku, majalah, risalah dan kertaskerja persidangan. Koleksi perpustakaan terus meningkat dan berkembang dengan pembelian bahan-bahan media seperti kaset, video tape, mikrofilem dan mikrofis. Pada tahun 1993, perpustakaan mula mengorak langkah kepada penggunaan IT didalam pengurusannya dengan mengguna perisian Sistem Perpustakaan Berkomputer (SISPUKOM). Perkhidmatan yang berasaskan IT seperti internet dan NSTP On-Line juga mula diperkenalkan diikuti dengan bahan rujukan dalam bentuk CD-ROM seperti Business Periodical On-Disc dan Multimedia. 

Bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa, SISPUKOM telah ditukarkan kepada sistem yang lebih terkini, iaitu Integrated Library Management Utility (ILMU) pada Oktober 2001. Pelbagai kemudahan teknologi maklumat juga disediakan bagi memenuhi keperluan pendidikan dan pembelajaran di UiTMT seperti perkhidmatan pangkalan data atas talian, koleksi digital dan perkhidmatan pengimbas (scanner). 

Tahun 2006, Perpustakaan telah melakar sejarah apabila terpilih didalam empat perpustakaan cawangan yang pertama terlibat dengan perluasan pensijilan ISO 9001:2000 dibawah Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam. Hasil komitmen daripada semua pihak khususnya staf Perpustakaan UiTMT dan pengurusan PTAR, pada 15 Disember 2006 Perpustakaan UiTMT bersama tiga perpustakaan cawangan yang lain iaitu Melaka, Perak dan Kedah telah berjaya memperolehi audit bersih seterusnya di anugerahkan ISO 9001:2000 (Provision of Library Service). Tahun yang sama juga Perpustakaan UiTMT mula dikenali dengan nama baru iaitu Perpustakaan Cendekiawan.