terengganu.uitm.edu.my

Banner
HOME: Mengenai Kami Perutusan Timbalan Ketua Pustakawan

Perutusan Timbalan Ketua Pustakawan

E-mail Print PDF

Ketua Bahagian
Timbalan Ketua Pustakawan

Pn Anuar Awang
Tel: 09-8400 181
Emel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Wadah Berkualiti Menjana Kecemerlangan adalah moto perpustakaan UiTMT dengan fokus utama adalah untuk:
Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua peringkat pengguna perpustakaan melalui penyediaan sistem maklumat yang mantap dan peningkatan kemahiran staf secara berterusan.

Perpustakaan UiTMT berfungsi sebagai salah satu bahagian yang

  1. Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTMT bagi mendidik bumiputera menjadi seorang yang professional dan pra-profesional.
  2. Mengumpul pelbagai koleksi bahan yang berkaitan dengan program yang ditawarkan.
  3. Menyediakan kemudahan/perkhidmatan supaya bahan-bahan ini dapat digunakan secara maksima oleh semua pengguna.
  4. Berusaha mewujudkan masyarakat kampus yang berbudaya membaca.


Berikutan itu pihak pengurusan perpustakaan telah menyediakan Piagam Pelanggan yang bersesuaian bagi memastikan perkhidamatan yang diberi adalah yang terbaik untuk pengguna perpustakaan. Pada masa ini perpustakaan diterajui oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan dan dibantu oleh tiga orang Pustakawan serta dua puluh satu orang staf sokongan. Segala komen dan cadangan bagi penambahbaikan perkhidmatan adalah dialu-alukan. Komen dan cadangan boleh dikemukakan melalui:

  • Peti cadangan yang diletak di luar perpustakaan; atau
  • ILMU mail dan suggestion box adalah borang cadangan secara on-line yang terdapat di dalam INFOTRACK