Navi: Mengenai Kami Koleksi Koleksi Khas Negeri Terengganu

Koleksi Khas Negeri Terengganu

E-mail Print PDF

Koleksi Khas Negeri Terengganu (KKNT) merupakan satu usaha Perpustakaan Cendekiawan untuk membangunkan satu koleksi khas berkaitan dengan Negeri Terengganu sebagai sebuah Koleksi Tertutup (Closed Access) yang sedang dibangunkan pada awal tahun 2011. Koleksi Khas Negeri Terengganu adalah satu kumpulan bahan-bahan tulisan, lisan, lukisan, rakaman (pita, video & filem) dan gambar samada yang bercetak atau tidak bercetak, diterbit atau tidak diterbitkan mengenai Negeri Terengganu , diterbitkan di Terengganu, dan / atau ditulis oleh penulis-penulis Terengganu.

Objektif utama diwujudkan Koleksi Khas Negeri Terengganu adalah untuk membina suatu koleksi yang dapat menggambarkan warisan Negeri Terengganu Darul Iman yang perlu dipelihara serta disimpan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan pada masa sekarang dan masa akan datang.

Koleksi ini merangkumi bahan-bahan seperti:-

1. Buku:

  • Buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis Terengganu, buku-buku yang diterbitkan di Negeri Terengganu Darul Iman dan buku-buku mengenai Negeri Terengganu.
  • Buku-buku yang digolongkan dalam jenis nadir jika buku-buku tersebut merupakan naskhah asal.

2. Risalah Dan Dokumen:

  • Risalah-risalah termasuk juga buku-buku cenderamata mengenai sesuatu acara yang ada kaitan dengan Negeri Terengganu atau diterbitkan di Negeri Terengganu.
  • Dokumen Kerajaan Negeri seperti Warta Kerajaan Negeri Terengganu, perundangan dan perbahasan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

3. Penerbitan Bersiri:

  • Bahan-bahan bersiri seperti majalah, jurnal, 'newsletter', siri monograf, surat khabar dan sebagainya.

4. Laporan Seminar:

  • Kertas kerja dan laporan lengkap seminar, bengkel, konvensyen dan lain-lain yang diadakan di Negeri Terengganu atau mengenai Negeri Terengganu.

5. Laporan Jabatan Kerajaan:

  • Laporan dan lain-lain penerbitan jabatan kerajaan di Negeri Terengganu.

6. Laporan Badan-Badan Berkanun / Swasta:

  • Laporan dan lain-lain penerbitan Badan-Badan Berkanun dan Swasta di Negeri Terengganu.

7. Bahan-Bahan Arkib Dan Manuskrip:

  • Segala penerbitan mengenai Terengganu.
  • Manuskrip dalam bidang bahasa, sejarah, sastera Melayu dan lain-lain terutama jika manuskrip itu mengenai atau berkaitan dengan NegeriTerengganu.

8. Keratan Akhbar Dan Keratan Maklumat:

  • Semua liputan berita dan maklumat mengenai Negeri Terengganu daripada akhbar tempatan dan lain-lain bahan digunting dan dijilid mengikut jenis perkara.

9. Tesis, Buku Catatan Harian Dan Kad Jemputan:

  • Bahan-bahan seperti tesis, buku catatan harian dan kad jemputan yang tidak diterbitkan diperolehi sama ada secara hadiah atau salinan.

10. Peta, Atlas, Pelan Dan Carta:

  • Peta, atalas, pelan bangunan-bangunan tempatan dan carta-carta yang ada hubungan dengan Negeri Terengganu.

11. Bahan-Bahan 'Audio Visual' ( Pandang Dengar ):

  • Gambar-gambar foto dan gambar lukisan 'ilustrasi' bagi keperluan sejarah.
  • Piring hitam, pita, kaset, filem dan video kaset yang mempunyai nilaian sejarah.

12. Karangan Muzik ( Music Scores ):

  • Karangan muzik sama ada yang bercetak atau diperolehi dengan kerjasama penggubah-penggubah atau artis-artis berkenaan dengan membuat salinan-salinan daripada manuskrip karangan muzik mereka.